Login  |  Tuesday, February 09, 2010  

banner.jpg

 Rancangan Sarawak fm

SARAWAK FM - 'SEHATI SEJIWA'

Senarai Rancangan

Segmental program

0600 - 1000 : Hello Sarawak (Isnin - Ahad)
1000 - 1400 : Sehati@Sarawak fm
1400 - 1800 : Ritma Selekta
1800 - 2100 : Anjung Pekerti
2100 - 2400 : Geleri Seni
0000 - 0300 : Hurra Hoore
0300 - 0600 : Mutiara Subuh


Laporan PDRM (Polis Di Raja Malaysia) : Setiap hari @ 0730 (Isnin hingga Ahad)
Rancangan PDRM : Setiap Rabu & Khamis @ 1505 - 1530 petang

Laporan jenayah indeks mengenai ragut, rompak, curi kenderaan, pecah rumah, dan sebagainya dalam tempoh 24 jam di seluruh kontijen Sarawak.


1.1 Laporan lalu lintas di jalan jalan utama bandaraya Kuching.
1.2 Statistik kemalangan jalan raya yang berlaku selama 24 jam di   seluruh kontijen negeri Sarawak.


Pelapor : Rosli Akip / Eona Leo Ah Lan


Karaoke 60an: Rabu @ 2215 - 0000 ( memberi laluan kepada karoeke remaja )

Karaoke 60-an : Rabu @ 2215 - 0000

(Penerbit : Ahmad Drahman )


Jiran Sekampung : Jumaat @ 1730 - 1800

Berkonsepkan drama dengan suasa kampung. Keadaan muhibbah, kerjasama, semangat kejiranan dan bersedia menyelesaikan masalah bersama. Topik semasa menjadi pilihan dengan menggunakan dialek tempatan. Melibatkan pelakon-pelakon luar.

Mini drama ini menggambarkan suasana dan pergolakan kehidupan harian penduduk kampung. Isu isu semasa diselitkan dengan persembahan yang lebih mesra melalui semangat kekeluargaan, permuafakatan dan perpaduan terutama dalam penyelesaian sesuatu masalah, dengan menggunakan loghat tempatan.

Pelakon : Mos Utai / Siti Sara Pawi/ Hj Yetni Hj Adenan/ Mary Saripah/ Ismawi/ Wa Meren/ Haji Bujang.

(Penerbit : Zaidi Bujang)


Mukun Bestari : Setiap Sabtu @ 2215 - 0000

Menghidupkan salah satu budaya masyarakat Melayu iaitu bergendang yang menjadi hiburan utama masyarakat Melayu suatu ketika dulu terutamanya pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Dibuat secara 'Live' dengan mengundang juru gendang ke studio dan berbalas pantun/mukun dengan pendengar secara interaktif menerusi telefon.

Dalam usaha mewujudkan budaya masyarakat Melayu, Bermukun atau Bergendang masih menjadi pilihan utama peminat peminat Sarawak FM – Sehati Sejiwa. Ia wadah hiburan yang menjadi satu kemestian suatu ketika dulu dalam majlis majlis keraiean dan perkahwinan.
Di buat secara interaktif di mana pendengar boleh phone in dan menjual atau menjawab pantun secara spontan kepada seh seh gendang.
Dua talian disediakan iaitu 245700 / 245800 menjadi rebutan pada malam itu, kerana di samping berhibur, pendengar juga ingin sama sama terlibat dalam bermukun, sekaligus menyerlahkan bakat mereka dalam mengolah dan mencipta pantun secara spontan.

Berseloka Pantun dengan Ahmad Drahman….

Kaut nasi dengan kelido
Makan entimun dengan tempuyak
Mun ada masa sik gago
Dengarlah Radio Malaysia Sarawak

Ambil gula apong lali dengan sukun
Campur dengan tepong beras
Puas sudah kamek bermukun
Kalau boleh minta dibalas

Balas….
Ambik mukun diisi beras
Sudah di isik penuh belaka
Pantun kita sudah dibalas
Menghibur hati senda seloka

Balas balik….
Sudah diisik penbuh belaka…


(Penerbit : Ahmad Drahman)


HITZ 07 : Setiap Sabtu @ 1500 - 1600

Top 10, lagu-lagu popular sepanjang minggu berdasarkan undian/pilihan daripada pendengar.

Pendengar berpeluang memenangi hadiah kuiz sebanyak RM40.00 setiap minggu. Seandainya tidak dimenangi, maka hadiah akan digandakan dan begitulah seterusnya. Cara pendengar menyertai kuiz ini dengan menggunakan pos kad dan menyenaraikan 10 buah lagu pilihan masing-masing.

Penyertaan akan diisytiharkan pemenang seandainya senarai itu tepat dan sama seperti keputusan yang disiarkan dalam carta berkenaan. Pendengar juga berpeluang membuatlagu-lagu pilihan secara'live' menerusi telefon dengan menetapkan lagu pilihan masing-masing dikedudukan yang baik dalam carta.

Kuiz akan dihantar melalui Poskad dengan mengalamatkan kepada:


Penerbit HITZ 07
Sarawak fm
RTM, Jalan P. Ramlee, 93614, Kuching.
Tel : 082 245700 / 800

(Penerbit : Juma'atun Ahmad Ibrahim)


Nelayan Sarawak : Selasa @ 1730 - 1745

Memberikan info yang terkini buat para nelayan berada di seluruh Sarawak. Disamping menampilkan personaliti dan juga diisikan segmen motivasi untuk nelayan oleh pakar motivasi Encik Awang Moslem. Rancangan ini dikendalikan secara bergilir oleh Mustapa Utai dari LKIM dan Lester Noning dari Jabatan Perikanan Laut.

(Penerbit : Irwan Budi Annuar)


Rock Klasik : Ahad @ 1600 -1630

Fokus kepada remaja yang meminati lagu-lagu rock atau pendengar yang meminati irama ini.

(Penerbit : Nurfaezah Kipli)


Seleksi Di Sarawak fm : Setiap hari kecuali hari Rabu & Sabtu @ 2210-2400 malam

Lagu-lagu popular terkini dengan sispan info artis dan turut menunaikan lagu-lagu pilihan pendengar.
Dikendalikan oleh Juruhebah bertugas pada waktu itu.


Sukan : Isnin,Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat @ 1545

Melaporkan aktiviti sukan semasa sama ada dalam negeri, negara dan peringkat antarabangsa.

Pada masa sekaran RN menyiarkan semua perlawanan bola sepak Liga Super secara 'live' bagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sarawak dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

(Penerbit : Feruzillah / Irwan Budi / Zaidi Bujang  / Juma'atun / Ahmad Drahman 


Karaoke Remaja ( Setiap Rabu @ 2215 - 0000 malam )

Rancangan interaktif yang melibatkan penyertaan pendengar, di mana pendengar akan memilih sebuah lagu  yang kemudiannya dimainkan oleh Juruhebah di studio secara minus one. Pendengar akan menyanyi mengikut rentak minus one tersebut menerusi telefon.
Seorang pembantu penerbit/ penyanyi tempatan berada di studio yang bertindak membantu pemanggil sekiranya suara mereka mulai tenggelam atau hanyut ( tak ikut rentak) .

Dua talian di gunakan iaitu 082 245700 / 245800 )

(Penerbit : Jai )


Seleksi : Setiap Hari kecuali Rabu & Sabtu @ 2205 – 0000
Sebuah rancangan yang mana lagu akan diputarkan berdasarkan poskad yang dihantarkan oleh pendengar. Untuk menyertai rancangan ini anda dikendaki menghantar poskad kiraman kepada :

Penerbit Seleksi
RTM, Jalan P. Ramelee
93614, Kuching.

(Penerbit : Norazizah Drahman)


Resepi Mingguan

Rancangan berbentuk informasi di mana Pn Rabiah akan berkongsi 2 resepi (kek dan roll) Diselitkan juga tips sebagai panduan membuat kek dan roll. Rancangan diolah secara interaktif bersama penyampai/penerbit.

Ia turut dilatari dengan musik rancangan bagi menghidupkan suasana.Bagi menarik audien mengikuti rancangan ini penyampaian dibuat dengan pantas namun jelas dan padat, kerana penyampaian yang berjela jela akan membosankan.


Rancangan ATM : Setiap Selasa & Khamis @ 1505 - 1530 petang


Rancangan  Berbentuk  Majalah  Ini  Mengetengahkan  Penglibatan  Pemerintah  Teringgi  Dan Anggota  Tentera  Dari  Ketiga-Tiga  Cabang  Perkhidmatan (TLDM, TUDM Dan TDM) Segala  Aktiviti  Yang  Melibatkan  Pemerintah  Dan Anggota  Akan  Di Hebahkan Kepada  Umum  Agar  Persepsi Mengenai Ketenteraan  Tidak  Hanya  Menjurus  Kepada  Perperangan.

Di Samping Itu Juga Hebahan  Mengenai  Sejarah  Penubuhan  Sesebuah  Pasukan, Kejayaan  Setiap  Anggota, Kecanggihan  Dan Peranan  Peralatan  Milik Tentera Serta Pasukan  Dan Pelbagai Lagi.

Penerbit : Aziz Marzuki / Yusuf Julai



Rancangan Malaysia Kesembilan : Setiap Isnin @ 1505 petang

RANCANGAN  BERKONSEPKAN  TEMUBUAL  BERSAMA  PEGAWAI-PEGAWAI  DARI AGENSI YANG DIJEMPUT  MENGIKUT  BAHAGIAN.   PENERANGAN  MENGENAI  BAHAGIAN / SEKSYEN  DALAM  AGENSI TERSEBUT  SERTA  PERKHIDMATAN  YANG  DISEDIAKAN  OLEH  PIHAK  MEREKA. 

TALIAN  TURUT  DIBUKA  KEPADA  PENDENGAR  SEKIRANYA  ADA  TOPIK  YANG  MEMERLUKAN  PENDENGAR  BERTANYA  TENTANG  SESUATU  KEMUSYKILAN.

Penerbit : Tuan Haji Omar Osman


Elok Budi Cantik Bestari : Setiap Selasa 1335 @ tengah hari

Pakar  kesihatan  seperti  doktor,  pengamal  perubatan  tradisional,  pengasas  pusat-pusat  kecantikan  dijemput  ke  studio  atau  dirakam  untuk  berkongsi  tips  atau  panduan  tentang  kesihatan,  kecantikan  dan  penjagaan  diri  yang  berhubungkait  dengan  ketrampilan  wanita.

(Penerbit : Naimah Aha)


Info Medik : Setiap Jumaat @ 1130 pagi

Temuramah  dengan  personality  wanita  yang  berjaya  dalam  kerjaya  mereka.  Ia  bertujuan  untuk  memberi  motivasi  serta  ilham  kepada  wanita  lain  agar  lebih  berdaya  saing  dan  berdaya  maju.

Penerbit : Atikhah Haji Mahali


Gaya : Setiap Isnin @ 1030 pagi

Mengetegahkan tip mengenai mengindahkan halaman  rumah sepert hiasan  luaran ,  memilih   tanaman-tanaman yang sesuai  , penjagaan tanaman   dan juga maklumat – maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh   pendengar.

Penerbit :Azaz Azmi


Gine Mun : Setiap Isnin @ 1730 petang

Rancangan yang berbentuk interaktif mengunakan bahasa melayu Sarawak .,Membicangkan isu-isu semasa   dengan tujuan mendapatkan pandangan serta pendapat pendengar   .Pandangan pendangar akan dikupas/diulas  oleh  personaliti-personaliti jemputan   yang terdiri daripada ahli –ahli akedemik dan profesioanl  .Ini adalah sebagai usaha  untuk menyedarkan masyarakat tentang isu-isu tertentu  disamping memberi peluang kepada mereka menyarakan pandangan mereka dalam sesuatu isu.

Personaliti –personaliti jemputan  :
Professor Dr Hj Morni Hj Kamri
Prof. Madya Dr Hj Abg Ahmad Ridzuan Abg Hj Awet
Dr.Shari Abg Rahman
Dr.Shafiee Hj Lugom
(Dan Lain-lain)

Penerbit : Azaz Azmi


Salam Abei Itow : Setiap Ahad @ 1415 petang

Rancangan berbentuk informasi di mana 1 resepi masakan (lauk pauk / pelbagai masakan nasi )bagi setiap rancangan akan diutarakan. Diselitkan juga tips sebagai panduan membuat masakan. Rancangan diolah secara interaktif bersama penyampai/penerbit. Ia turut dilatari dengan musik rancangan bagi menghidupkan suasana.Bagi menarik audien mengikuti rancangan ini penyampaian dibuat dengan pantas namun jelas dan padat, kerana penyampaian yang berjela jela akan membosankan.

Kuiz diakhir rancangan merupakan satu elemen penting bagi mengajak penonton mengikuti rancangan hingga ke akhir kerana ada hadiah akan dimenangi. Hadiahnya berupa hamper barangan produk Pawada sumbangan pihak Penaja.Penyampai rancangan ini merupakan juruhebah yang dikenali ramai dan berpengalaman dalam mengendalikan rancangan seumpama ini. Juga berpengalaman dalam mengendalikan pertandingan pertandingan masakan seperti yang terbaru dianjurkan iaitu Pertandingan Masakan RTM/Maggi/Shell Tajaan Nestle sempena Ulangtahun RTM.

Penerbit : Nurfaezah Kifli


Destinasi: Setiap Isnin  @ 1130 pagi 

Memfokuskan sektor pelancongan dalam negeri. Mengetengahkan isu-isu perlancongan dan menyiarkan berita - berita semasa perlancongan. Memaparkan tempat- tempat menarik dalam negeri. Menghubung-jalinkan pengetahuan antara rakyat/kerajaan berdasarkan maklumat perlancongan dari sumber-sumber tertentu. Menyampaikan mesej perlancongan terutama kepada segenap lapisan masyarakat. Perantara antara kerajaan dan rakyat.

Penerbit : Azaz Azmi


Pengguna : Setiap Sabtu @ 1730 petang

Spesifikasi kepada kepengunaan. mengetengahkan isu-isu kepenggunaan. Bimbingan Kepenggunaan. Memaparkan hak-hak dan tanggungjawab pengguna. Tribunal tuntutan pengguna dan menjadikan masyarakat "CERDIK PENGGUNA". Memaklumkan perihal kepenggunaan kepada segenap lapisan masyarakat. Perantara antara kerajaan dan rakyat.

Penerbit : Naimah Haji Aha


Rentak Remaja : SetiapSabtu @ 1405 petang

Membincangkan tentang Isu-isu Remaja, Memupuk Nilai-nilai Murni dan juga Motivasi Diri.

(Penerbit : Juma'atun Ahmad Ibrahim)


Sepatah Kata Sehari : Setiap Isnin Hingga Jumaat  @ 0815 pagi

Memperkenalkan sehari sepatah perkataan yang telah dimasukkan ke dalam kamus dewan dan boleh dipergunakan dalam bahasa penulisan sama ada rencana atau penulisan kreatif.

(Penerbit : Mohd. Rosli Hj. Muta)


Kisah-kisah Nabi : Setiap Khamis @ 1915 malam

Mengenai kisah-kisah Nabi.

(Penerbit : Nur Mirzawati )


Suara Pemimpin : Setiap Isnin Hingga Ahad @ 0805 pagi

Ucapan para pemimpin.

(Penerbit : Juruhebah Dilantik )


Solehah : Setiap Selasa @ 1230 tengah hari

Memaparkan kisah-kisah wanita solehah/muslimah teladan di zaman kegemilangan Islam.

(Penerbit : Nurfaezah Binti Kifli)


Bijak Sayangku : Setiap Sabtu @ 1000 pagi

Sebuah rancangan untuk adik-adik dalam lingkungan usia 3-11 tahun disamping berhibur, aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku di sekolah rendah, turut di war-warkan, umpamanya: pertandingan/sukaneka/pencapaian individu murid dalam akademik/pertandingan dan sebagainya.

Penerbit : Serina Tasmidi


Slot Personaliti : Setiap Selasa & Khamis @ 1230 pagi

Menampilkan pesronaliti wanita yang berkerjaya/suri rumah yang berjaya mendidik anak-anak (anak-anak berjaya dalam bidang akademik/umat berwawasan dan beriman), berjaya dalam bidang senidan bidang keusahawanan.

(Penerbit : Zul Mirzawati)


Kaunseling : Setiap Selasa & Khamis @ 1230 pagi

Dalam mengharungi cabaran harian, wanita selaku penyumbang ekonomi Negara, malah juga berperanan menjadi pemimpin sesuatu organisasi, dalam waktu yang sama menjadi isteri, ibu dan pemimpin dalam sesebuah rumah tangga, tanggungjawab yang begitu berat dan mencabar, menuntut wanita sentiasa cergas dan bersemangat. Sebagai alternatif, rancangan ini diharapkan menjadi dorongan, sokongan dan suntikan semangat pada mereka.

(Penerbit : Zul Mirzawati)