Login  |  Friday, September 03, 2010  

banner.jpg

 Amanat Pengarah
AMANAT PENGARAH JABATAN PENYIARAN SARAWAK

wanbukhari.jpg


Initiatif menerbit laman web adalah sesuatu usaha yang amat membanggakan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat semasa. Harapan RTM Sarawak dengan melancarkan laman web ini akan tercapai matlamat kita untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat berbilang kaum selain memberi hiburan yang positif ke arah peningkatan budaya yang lebih dibanggakan dengan lebih meluas lagi.

Sudah pasti sebagai functional organisasi yang mampu berperanan sebagai agen socialisasi pihak kerajaan. Amat diharapkan juga melalui laman web ini nanti akan ada interaksi RTM Sarawak dengan pelanggan yang boleh membawa kepada perkhidmatan RTM Sarawak yang lebih cermerlang.
 
 
 
 
 

Dengan ini, saya mengambil kesempatan sekali lagi merakam penghargaan kepada seluruh warga kerja dalam usaha tanpa henti untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang ICT dan saya percaya RTM akan terus maju sebagai penyampai maklumat yang terkini dan penuh integriti serta hiburan yang menarik, kreatif dan berkualiti.

 

Wan Bukhari Wan Daud
      Pengarah Penyiaran