

Perlawanan persahabatan antara pasukan Sarawak fm menentang pasukan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak diadakan semalam 28hb Januari 2007 bertempat di Gelanggang Sport Planet, Jalan Bintawa jam 5.00 petang. Perlawanan yang begitu hebat antara kedua pasukan ini sememangnya pada permulaan agak rancak dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menang. Tetapi setelah di pertengahan masa permainan nampaknya kedua-dua pasukan sudah menunjukkan keletihan dan tidak mampu untuk bergerak dengan pantas seperti sebelumnya. Setelah tamat permainan yang berkesudahan dengan tidak diketahui berapa jumlah gol yang telah disumbatkan oleh para pemain pada masa permainan tersebut. Gol-gol yang dijaringkan kedua-dua pasukan terlalu banyak sering berbalas antara satu sama lain. Pasukan Sarawak fm menurun pemain seperti Zaidi Bujang, Feruzzillah dan Shahril yang menjadi perancang utama sambil dibantu oleh kakitangan RTM sendiri iaitu Lubun Ak Letit, Asmadi yang bertindak cermelang sebagai benteng terakhir Sarawak fm.